Selamat Datang Ke PSS SK Landas!

Masa Itu Emas

Kalendar

Menarik Di Blog Ini

Mengenai Kami

Carian

Jumlah Pengunjung

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Pengikut Setia

Wednesday, March 4, 2015
4 Mac 2015 - Seperti tahun-tahun yang lepas, SK Landas telah mengadakan majlis penyampaian watikah kepada para pengawas sekolah, pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua bagi sesi tahun 2015. Objektif dan rasional program ini ialah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang terpilih sebagai pengawas sekolah supaya mudah-mudahan mereka tahu akan tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka jalankan kepada sekolah.

Majlis ini diadakan di Dewan SK Landas dan dijalankan selama dua hari iaitu hari perasmian/pelancaran pada hari Ahad 1 Mac 2015, dan program motivasi disiplin pada hari Selasa 3 Mac 2015. Majlis ini turut menjemput tetamu khas KPL 120717 Mohd Rosli PPS, Inspektor Pn. Nurul Sahida Mohd, dan juga Sarjan Mejar Mohd Imran b Abdullah dari Balai Polis Ajil untuk turut membantu menjayakan proses majlis ini.

Pelaksanaan:
  • Ahad (1 Mac 2015)
    • 8.00 pagi - Ketibaan tetamu Khas KPL 120717 Mohd Rosli PPS dan Inspektor Nurul Sahida Mohd dari Balai Polis Ajil.
    • 8.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis – En Megat Mehamat Kaharuddin b. Sidek.
    • 8.15 pagi - Nyanyian lagu NegaraKu, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.
    • 8.30 pagi - Ucapan Penolong Kanan HEM, En Ismail b. Mamat.
    • 8.45 pagi - Ucapan dan penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas oleh Pn. Sahida Mohd, Inspektor Polis dari Balai Polis Ajil.
    • 10.00 pagi - Majlis selesai.
  • Selasa (3 Mac 2015)
    • 9.00 pagi - Motivasi Disiplin oleh Sarjan Mejar Mohd Imran b Abdullah dari Balai Polis Ajil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...