Selamat Datang Ke PSS SK Landas!

Masa Itu Emas

Kalendar

Menarik Di Blog Ini

Mengenai Kami

Carian

Jumlah Pengunjung

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Pengikut Setia

Monday, April 25, 2016
BIL. PERKARA SINOPSIS
1 Tajuk Program 10 minit bersama buku - Anjuran BTPN.
2 Rasional Membantu menjayakan Program Nilam.
3 Objektif Menggalakkan murid untuk membaca buku.
4 Tarikh 25 April 2016 (Isnin).
5 Tempat Dewan SK Landas.
6 Sasaran Peserta Semua murid.
7 Kehadiran Peserta 100% - Semua murid yang hadir pada hari tersebut terlibat.
8 Peruntukan Kewangan Tiada.
9 Pelaksanaan ATURCARA
  • 11.00 pagi - Semua murid berkumpul di Dewan SK Landas.
  • 11.05 pagi - Bacaan bermula dengan diawasi oleh Guru Bertugas Mingguan dan GPM.
  • 11.15 pagi - Bacaan buku selesai.
10 Penilaian Program 10 Minit Bersama Buku berjalan dengan lancar.
11 Cadangan Program ini perlu diteruskan.

Wednesday, April 6, 2016
Tarikh: 6 April 2016 (Rabu)
Aktiviti 2: Melukis dan mewarna poster
Fasilitator: Pn Bahariah bt Lateh
Bilangan pelajar terlibat: Murid-murid Tahun 1-6

Progres pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan selepas selesai  aktiviti 1 di atas. Semua murid Tahun 1-6 yang hadir terlibat. Murid Tahun 4, 5 dan 6 melukis dan mewarna poster, manakala murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 mewarna poster. Aktiviti ini diseliakan oleh guru-guru Panitia Agama Islam. Aktiviti ini beakhir pada pukul 1.30 petang.


Tarikh: 6 April 2016 (Rabu)
Aktiviti 1: Pertandingan Membina Bentuk 3 Dimensi
Fasilitator: Pn Che Esah bt Md Nor
Bilangan pelajar terlibat: Murid Tahun 4, 5 dan 6 (63 orang)

Progres pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Aktiviti ini diselia oleh guru-guru Panitia Matematik dan Sains. Pemenang dipilih berdasarkan ciptaan yang kemas dan menjadi.


Tuesday, April 5, 2016
Tarikh: 5 April 2016 (Selasa)
Aktiviti 2: Projek Kitar Semula – Membuat Bangunan KLCC dari Straw dan Frame Gambar dari kertas surat khabar.
Fasilitator: En. Mohd Hashim b. Muda
Bilangan Pelajar Terlibat: Murid Tahun 4, 5 dan  6 (63 orang - berkumpulan)

Progres Pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan pada waktu petang, masa kokurikulum. Ianya dipantau oleh Guru-Guru Pemimpin Persatuan dan Kelab. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Pemenang dipilih berdasarkan ciptaan yang kreatif dan inovatif.

Membuat KLCC menggunakan straw.

Membuat frame gambar menggunakan Surat Khabar.

Tarikh: 5 April 2016 (Selasa)
Aktiviti 1: Spelling and Answer (Murid Tahun 4-6), dan Word Maze (Murid Tahun 1-3)
Fasilitator: Pn. Nurhanim bt Mohamad
Bilangan pelajar terlibat: Semua murid terlibat (119 0rang)

Progres pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30  tengah hari. Spelling and Answer dijalankan dalam kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Setiap ahli dari setiap kumpulan akan menyertai pertandingan:
I. Spelling
II. Answer
- Markah tertinggi kumpulan akan dikira sebagai juara. Aktiviti ini dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Word Maze pula disertai oleh murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti lain.


Monday, April 4, 2016
Tarikh: 4 April 2016 (Isnin)
Aktiviti 2: Menyalin dengan Tulisan Berangkai dan Menjawab soalan Teka Silang Kata.
Fasilitator: En. Shamsuddin b. Mansor
Bilangan pelajar terlibat: Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 (119 orang)

Progres pelaksanaan/Ulasan:
Aktiviti ini dijalankan pada pukul 11.00 pagi Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 yang hadir menyalin Tulisan Berangkai, manakala murid Tahun 1, 2 dan 3 menjawab soalan Teka Silang Kata. Aktiviti ini diseliakan oleh guru-guru Panitia Bahasa Melayu. Ianya brakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Tarikh: 4 April 2016 (Isnin)
Aktiviti 1: Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Program 30 minit Bersama Buku
Fasilitator: Pn. Che Esah bt. Md Nor
Bilangan pelajar terlibat: Semua murid (119 orang)

Progres pelaksanaan/Ulasan :
Program Membaca 1 Malaysia 2016 telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Landas. Selepas itu Program 30 minit Bersama Buku telah diadakan. Program ini telah diadakan selepas Majlis Pelancaran. Ianya diseliakan oleh GPM SK Landas iaitu Pn. Che Esah bt. Md Nor dan guru Nilam, Pn. Rusmani bt Aripin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...